Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM, Terengganu menahan dua bot nelayan tempatan dan sebuah bot nelayan asing bersama 30 awak-awak termasuk tekong warga Vietnam.<br /><br />Timbalan Pengarah Operasinya, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, semua bot tersebut ditahan pada kedudukan 26 hingga 110 batu nautika dari Kuala Terengganu pada Isnin dan Selasa lalu.